Dalam perjalanan pulang ke rumah
seusai solat isya di masjid, sedar-sedar sahaja Scorpio sudah tinggi di dada
langit. Orion sah-sah dah tenggelam. Anak bulan Syaaban pula dah tersangkut
tinggi di menara masjid. Fuhh… cepat betul masa berlalu. Sehingga putaran alam
pun aku sudah hilang arah.
Kadang-kadang, rasa bosan
menyelubungi diri dek tiada stesen radio yang menggamit jiwa. Kalau dulu-dulu
(zaman struggle Alevels), slot Late Night Love Song daripada Redfm yang sering
dipilih, terutama sekali semasa membuat ulangkaji Further Maths (atau apa
sahaja subjek yang bersifat kenomboran hehs). Haish… lagha sungguh.
Jadi, bila terkenangkan lagha yang
kadang2 melampau, aku tukar stesen Ikimfm. Alahai, dua kali lima juga
rupa-rupanya. Ditambah pula dengan suara deejay lelaki yang tak ubah seperti
perempuan. Muntah hingus juga sekali-sekala. Maka, tinggallah KlasikNasional
yang terkenal sebagai pemutar lagu-lagu klasik piring hitam sebagai pilihan
neutral.
Meluangkan masa bersama-sama
keluarga di depan televisyen pun boleh jadi bosan. Punya laa baanyaaaak saluran
yang Astro Byond tawarkan, saluran 393 One HD juga yang adik-adik aku duk
menggila. Naik stress dan tambah uban dah kepala aku dan abah aiyoyooo. Nasib
baik aje aku tak terikut-ikut artis Korea, justeru, Alhamdulillah dijauhkan
tuhan daripada menjadi pondan yang tak bermaruah.
Arakiannya, kepada semua teman di
luar sana, terutamanya lepasan IB, Alevels, mahupun mana-mana ujian, jika anda
semua senasib dengan saya (=bosan tak ada benda nak buat), saya menyeru jomlah
kita sama-sama mengamalkan doa ini hehe...
oh, lupa bulan rejab dah habis hihi!
Digalakkan juga agar diperbanyak selawat ke
atas junjungan Nabi Muhammad saw. Sabda baginda yang bermaksud “sesungguhnya rejab ialah bulan Allah,
Syaaban ialah bulanku dan Ramadan ialah bulan umatku”.
Perlu
diingat, keberkatan masa perlu dijaga kerana masa juga merupakan makhluk Allah.
Kepado saeng2 (lebih kpado pringatae wak diri sndiri jugop bbena), wak ringae2
la tuboh gi ddenga ssejid. Dokpom, pderah mano2 ayat qur’ae hok tok ingat. jange pulok sapa kito immune nga bare2 molek. insyaAllah Allah yusahhilnaa.
*orang bukan Kelantan yang dapat 'translate' ayat atas ni memang aku respek ahh
5 comments:
:) sebulan setengah sempat x kalau nak pg keje??
...atau baca buku yang kita x sempat baca dulu, that should be better
anon: sempat keje tu mmmg la sempat, tp x worth it laa kot, haha. kalau aku, parents x bagi keje... huhu~
kene check balik hadis rejab bulan Allah.... tu, sebab ada orang kata hadis daif/ke mauduk.
tak ingat dah.
apa2pun, selamat bersyaaban dan beramadan.!!!
Salam.. Akh.. Ambo nk tegur sikit psl hadith tu...
"Kata al-Imam Ibn al-Salah (meninggal 643H): “Tidak halal kepada sesiapa yang mengetahui ia hadis palsu meriwayatkannya dalam apa bentuk sekalipun, melainkan disertai dengan menerangkan kepalsuannya.” (Ibn al-Salah,‘Ulum al-Hadis, m.s. 98)
Misalnya di tanah air kita, didapati apabila munculnya bulan Rejab dan Syaaban maka hadis-hadis palsu mengenai bulan-bulan tersebut akan dibaca dan diajar secara meluas.
Antaranya hadis: “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku.”
Ini adalah hadis palsu yang direka oleh Ibn Jahdam. (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha‘if, m.s. 95, cetakan: Maktab al-Matbu‘at al-Islamiyyah, Halab, Syria). Nama penuh Ibn Jahdam ialah Ali bin Abdillah bin Jahdam al-Zahid."
So.. bleh lah remove, atau trgkn yg tu hadith palsu :) *bleh rujuk laman web DR MAZA utk keterangan..
p/s: entri terbaru di Ashabul Islam : Fenomena Musim Panas
Latest post in Mat Jinggo : Jealousy and the 'Benefits'
Jemput ziarah.. :)
dear anon; ha'ah.. iye betul itu hadisnya kepalsuan... terlupa pula untuk diberitahu dlm post, nnt insyaAllah saya edit.
buat semua, senang cerita, hadis daif; tidak boleh dijadikan iktikad, tapi dibolehkan beramal seadanya.
wallahu'alam
Post a Comment