Pages

Sunday, April 29, 2012

KLIBF

antara buku yang dibeli di pwtc

Salam semua!

Phew.. sebenarnya, aku tak sangka yang aku masih ada masa untuk mengemaskini blog ini. Walhal peperiksaan Alevel sudah berada di sekitar selekoh (baca: around the corner). Alhamdulillah kolej aku telah memberikan kami 'study leave' selama seminggu. Tetapi, keberadaan di rumah juga merupakan suatu penyeksaan... urghh.

Err.. jangan haraplah aku akan terperuk di bilik dengan buku pelajaran seperti liutaio yang membikin violin di ateliers cremona, lombardy (northern state of Italy), haha. Malah, masa nak tunggu abah fetch me di kolej jumaat lepas pun aku sempat panjat swimming pool dan beriadah barang se-lap dua.

Hari ini aku ke pesta buku Kuala Lumpur. Sebuah 'event' tradisi yang aku amalkan sedari kecil. Aku juga ada berhasrat ingin menghadiri pesta buku di Mesir. Kata orang, di sana lebih meriah. Apa-apa pun, kali ini banyak juga  buku yang sempat disambar sebab umi dan abah ikut sekali. Jadi, kami adik beradik jadi 'tukang tunjuk' lah nak itu nak ini pastu last2 umi abah yang bayar. Hehs.

Hari ini, segala-galanya tentang sastera dan budaya (tapi takde lah 100%). Tak sempat aku nak telek kategori2 buku yang lain sebab umi divert fokus kitorang adik beradik ke arah karya2 sasterawan dan bacaan2 bermutu yang lain. Terbatas lah juga pergerakanku. Ditambah lagi dengan umat yang gila ramai mak nak. Jadi, insyaAllah esok aku ke sana sekali lagi. Hari Isnin pagi2 tak ramai lah kot...

antara belian hasil baucar buku yang masih belum habis dibaca. =.=

Teringat aku pada suatu hari, murabbiku Ustaz Nizam ada berkata, "gunalah masa muda yang hengkorang ada sekarang ni untuk membaca. Baca, baca dan baca segala mak nenek khazanah ilmu sementara ada kesempatan. Nanti bila dah berkerja, komfemmm dah terlambat. Pagi keluar kerja, petang balik, riadah kalau masih larat, maghrib isya pergi surau dengar kuliah kalau masih ada kesedaran, balik surau pulak kena settle benda2 duniawi, pastu tidur."

"Itu belum dahsyat lagi kalau dah berkahwin," celah aku disusuli gelak ketawa.

Nevertheless, priorities must be set right. Kalau jauh tenggelam dalam buku2 sebelum exam, alamatnya cacing kepanasan lah nanti. Jadi, sempena exam Alevels yang mendatang (errr...?), dengan rendah hatinya aku nak pinta kemaafan daripada semua yang mengenali diri ini, dari hujung rambut sampai ke duli di bawah tapak kaki. Doakan kejayaan kami ya. Aku juga mendoakan kalian. =)

# i don't think that i will be updating new entries in the near future. this one might be the last for like... 2 months from now, i think (why think? haha). Anyways,

best of luck and bittaufiq wannajah to my peer friends, to those who are doing IB in KMB, yang kat KMS pun sama, to seniors who are struggling with their semester/final exams in universities, n to those who are not aforementioned, fa izaa 'azamta fatawakkal 'ala Allah~ 


3 comments:

Anonymous said...

hehs. expected. buas la hg. smpt g terjun pool =_="

lutherie. uiks. cena hg taw?

bestnya KLIBF! rugi tak gi... dengarnya izzanee g jugak. wehhh. kalau ada anything interesting pasai music, belikan ehhh. nnti aku bayo

nazrinafifi said...

takde la best sgt, except 4 the fact that ada buku yg murah nk mamposs.. tp buku pasai music aku x jumpe la safuang (sbb mmg aku mls nak cari kot).

anyways, buat hari kedua, banyak juga yg aku spend. aku sempat sebat;
1) newyork times bestseller 'Collapse', Jared Diamond.
2) Gulen, 'Love and tolerance'
3) Prof wahbah zuhaily, hukum harta pusaka dan ilmu faraid
4) Gulen, Essays-perspectives-opinions
5) prosiding persidangan antarabangsa karya agung melayu sulalat al-salatin dan hikayat hang tuah.

tapi aku x sure ahh nak bawak sume mnatang ni balik kolej. tunggu ahh lepas exam hg mai singgah lepak library rumah aku okayss... =)

hoshizora said...

ganbatte exam alevel, =)