“Fifi, pergi BaRam dak..?” tanya seorang sahabat kepadaku. *BaRam= Bazar Ramadan.
“Pergi kot… nak pesan apa-apa ke?”
“Ha… boleh gak. Tolong belikan kurma YuTa sekotak eh…”
Maka berpergianlah aku ke bazaar Ramadan Tanjung Malim. Tak jauh pun, setengah jam perjalanan guna bas kolej (maklumlah Kolej-Yang-Ulu-Entah-Mane2 kot…). Sampai2 je aku terus tunaikan kehendak sahabat terlebih dahulu, then barulah aku jamu mata. Window shopping.
Pelbagai juadah disediakan. Harga pun berpatutan. Patutlah aku tengok ramai pelanggan yang tak menang tangan. Kiri kanan penuh je dengan supik gelenya (clear plastic). Tapi alhamdulillah… nafsu aku terdidik dari kecil, tak terasa pun nak beli banyak makanan. Sekadar lalu mata dan tengok macam mana diorang masak and manage customers.
“Bang, nak soya panas dua,” pintaku.
“Ok. Yang sejuk taknak? Jangan risau kitorang tak campur air paip…” I was like, oookaayyy (sambil angkat kening sebelah), memang aku nampak yang kau tak campur air paip.. tapi tak perlu bagitahu aku kot…?
“ye la… kita berniaga mestila nak rezeki halal kan..? kita tak guna air paip kalau nak jual minuman sejuk… tak macam gerai2 yg lain tu ha… dahlah tak puasa…” ah sudah… apehal mamat nih berceloteh dengan aku pun aku taktau… dahla mengumpat!! Cepat-cepat aku beredar.
Setelah setengah jam kurang lebih pusing2 bazar, aku check balik apa yang dah disebat. Juadah tipikal bulan puasa lahh.. 2 roti john daging, kebab ayam, akok, lopat tikae (lompat tikam), kuih tepung pelita, otak-otak and etcetera… chop, eh cukup ke ni…? Aku berkira-kira. Adik2 interactive family (usrah) ada enam orang… hmmm cukup la kot.
Tiba2 hatiku direnggut rasa sayu. Teringat-ingat kenangan berbuka bersama-sama air zamzam dan tamar di Al-Haram. Teh halia juga dihulur oleh mereka-mereka yang menjamu di sana. Pekat, pahit dan kelat gila!! First timer kot… lama2 rasa sedap pulak… haha. Ahh bila pulak boleh pergi sana lagi…
“Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang yang berpuasa, iaitu pahala orang yang berpuasa yang tidak dikurangkan walau sedikit.” – Hadis riwayat al-Tirmizi.
* RM2500 untuk sekali tajaan berbuka puasa di sebuah masjid di Subang Jaya. The best part is, the empty list is finishing up very fast!!! Dermawan juga orang2 kita, alhamdulillah…
7 comments:
salam...akok,lopak tikae..hihi..
nice one...
ak blek klas je bazar tempat ak dah licin dah huhu...
haha. kalau licin masak sendiri lahh!! malas ek... ish3~
rindu bazar Ramadhan...
ko simpan roti john kat aku anjang...
taun dpan aku amik...;p
rindu nak gi bazar tg malim naik bas ky. :( wlpn kat rumah pon boleh jek nak gi bazar tg malim kan, tp tak sama kot. weee~
rindu moreh jugak!
rindu tarawih!
:(
nice post. sgt suka.
:)
slmt berbuka!
oii!!!...ore masok ari2 deh..gi tuh teme saim ja..hihi
Baram - first time aku tau wujudnya perkataan ni beberapa hari lepas. Canggih2 btoi pkataan skrg ni. :D
atiq; ho laa... kawe tau doh demo ni meme wanita mithali gitu.. haiyya~
hasif; wahh.. lawak of the year..? :D
kak ena; haa. jom2. kita wat reunion kat bazar tanjung malim pon mcm best jugak.. :DD
Post a Comment