Pages

Friday, August 26, 2011

Play-play: images of Ramadhan

being an avid photographer, so i'm up to the limits challenge
capturing details of what's happening.
walaupun resultsnya mungkin agak hambar... haiyyo~
papehal pon, let pictures tell stories... zaaasssss~

al-yadul 'ulya khair minal yadissufla... :)

sekitar bazaar ramadan di kolej. kelihatan gerai abang hafiz yang paling laku.

santapan iftar bertalam

talam ni 4 orang. ada talam yg lg besar boleh muat 5 orang.
best best. boleh main rebut2 lauk buat territory haa ni bagian aku tu kau punya.
fullamak wehh~

'optimizing time to the max', bak kata orang kampung aku... hehe

hampir sebulan berpuasa di kolej, 2 kali je aku sahur kat DM.
hari2 lain, haa ni je la yg aku lantak...
7 biji kurma, beberapa biskut kering dan air secukup rasa
sudah memadai to make my heyday a day... err...

ini ramadhan cup. game futsal. muslims and nons were invited.
agak menguji kesabaran la jugak... penat kot dahla takleh rest minum air ape sume...
tp overall puas hati sbb team aku gempak sangat.
Jangan Main Jambu (JMJ) champ kot this year!!! hoyeahh!!!

baik, sekian sahaja play-play kali ini.
insyaAllah kita berjumpa lagi di segmen yang akan datang,
wa khalasatul qaul, minal 'aidin wal faizin wal maqbulin,
taqabbalallahu minna wa minkum, kullu 'amin wa antum bikhair...
psst.... *kosong-kosong eh...* :)

Sunday, August 21, 2011

Ramadhan reruns


Haa. Aku tertarik sgt dgn video ‘ramadhan reruns’ by ummahfilms kat youtube
Acu tera kelih… sero best gop…
insyaAllah banyok pengajare hok kito buleh timbo… :)
*aku malah nok wi link sinih…demo search sndiri la kat utube deh… bereh

oh and btw, I literally had my ‘ramadan reruns’ this week…
memang semput!!! Had traveled for over 250 km kot..!!

Habis je physics test pagi jumaat and several blocks,
Aku berkejar dari lembah beringin ke subang jaya lepas solat jumaat
Kendian ke stesen erl putra to fetch si mudzaffar ismail
Pastu gerak ke maritime centre precint 5…
Huh memang pancit ahh!!!
Udah le masih berpakaian baju kelas… :$

Walaupun berkejaran sampai macam dah tak jejak tanah,
Tapi aku rasa aku still happy-go-lucky dan berasa riang tak tentu pasal..
Haa nak tahu kenapa…?
Jeng jeng jeng…
Pertamanya sebab aku merasakan benarnya sabda nabi seperti yang berikut…

“Orang yang berpuasa akan merasakan dua kegembiraan (besar): kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika dia bertemu Allah.” (Hadis Bukhari & Muslim)

Dan juga bak kata pepatah,
‘gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati hey!!!’ :)
Tapi…. Kita selaku full-time muslim kenalah ingat yo…
Kegembiraan ketika bertemu Allah itu perlu dijadikan bull’s eye hidup…
And kalau nak hit the target, kenalah berusaha…
Berusaha mencari busur dan anak panah terbaik…
Wah berkias pula patik neh… hoho.

hampir 70 old-mates hadir... alhamdulillah~

Faktor kedua, aku gembira kerana merasakan benarnya sabda nabi
Dalam hadis panjang sahih syaikhan, dihighlight oleh brother imam nawawi,

“Dua orang sahabat yang bersahabat kerana Allah, mereka bertemu kerana Allah dan mereka berpisah kerana Allah.”

Subhanallah….
and in fact pada hari akhirat kelak, Allah akan berseru dan bertanya,

“Manakah orang yang berkasih sayang dengan sebab kemuliaan-Ku? Kerana hari ini Aku akan naungi mereka dengan naungan-Ku pada hari yang tiada naungan lagi selain naungan-Ku.” (sahih Muslim)

Oh excell9, sama ada korang sedar atau tidak... 
sebenarnya sekali lagi Allah berbicara dengan kita!!
Bersyukurlah kalian. Panjatkan tahmid.
Kerana in a way or another, He wants us to be united forever…
Sweet kan Allah…?
TT.TT

Maka, my ramadhan runs again…
to ss15 bandar baru bangi
 seusai bertarawih di masjid Ferum dan sesi tazkirah bersama-sama akh jebeng dari DQ dan akh iron dari KMB… ^^best2!!

RM8 aku terbang begitu sahaja... ohh

And oh… siapa kata bulan puasa tak menggalakkan kita beriadah dan mengamalkan hidup sihat…? ^^!
*btw, aku rasa si Zain ngan si Azmir makin ligat ohh main bola…pergh


oppss tak habis lagi...
maka pagi esoknya selepas kurang lebih setengah jam tidur di rumah,
bertolaklah aku ke masjid wilayah memenuhi jemputan IKRAM
alhamdulillah, slot forum 'membangun peribadi daie bertaqwa' sangat bermakna dan bermanfaat.
walaupun... err... ada masanya aku tersengguk-sengguk... :/


begitu juga sesi taaruf bersama-sama ikhwah yang pulang ke malaysia,
ikhwah2 supersaiyya yg hoyeahh (credit to inche gabbana la kot),
ikhwah2 dari serata ipt (KMB paling ramai!!)
tapi terasa ralat la jugak sbb xdpt join diorang berbuka puasa together2... :(
coz my ramadhan runs to iftar kat kajang pulak petang tuh...
pergh memang pusing selangoq habih noh...




p/s= semoga masa kita terisi bersama-sama auntie laila dan mek qada insyaAllah~ jom!!

Sunday, August 7, 2011

BaRam =)



“Fifi, pergi BaRam dak..?” tanya seorang sahabat kepadaku. *BaRam= Bazar Ramadan.

“Pergi kot… nak pesan apa-apa ke?”

“Ha… boleh gak. Tolong belikan kurma YuTa sekotak eh…”

                Maka berpergianlah aku ke bazaar Ramadan Tanjung Malim. Tak jauh pun, setengah jam perjalanan guna bas kolej (maklumlah Kolej-Yang-Ulu-Entah-Mane2 kot…). Sampai2 je aku terus tunaikan kehendak sahabat terlebih dahulu, then barulah aku jamu mata. Window shopping.

Pelbagai juadah disediakan. Harga pun berpatutan. Patutlah aku tengok ramai pelanggan yang tak menang tangan. Kiri kanan penuh je dengan supik gelenya (clear plastic). Tapi alhamdulillah… nafsu aku terdidik dari kecil, tak terasa pun nak beli banyak makanan. Sekadar lalu mata dan tengok macam mana diorang masak and manage customers.

“Bang, nak soya panas dua,” pintaku.

“Ok. Yang sejuk taknak? Jangan risau kitorang tak campur air paip…” I was like, oookaayyy (sambil angkat kening sebelah), memang aku nampak yang kau tak campur air paip.. tapi tak perlu bagitahu aku kot…?

“ye la… kita berniaga mestila nak rezeki halal kan..? kita tak guna air paip kalau nak jual minuman sejuk… tak macam gerai2 yg lain tu ha… dahlah tak puasa…” ah sudah… apehal mamat nih berceloteh dengan aku pun aku taktau… dahla mengumpat!! Cepat-cepat aku beredar.

                Setelah setengah jam kurang lebih pusing2 bazar, aku check balik apa yang dah disebat. Juadah tipikal bulan puasa lahh.. 2 roti john daging, kebab ayam, akok, lopat tikae (lompat tikam), kuih tepung pelita, otak-otak and etcetera… chop, eh cukup ke ni…? Aku berkira-kira. Adik2 interactive family (usrah) ada enam orang… hmmm cukup la kot.

                Tiba2 hatiku direnggut rasa sayu. Teringat-ingat kenangan berbuka bersama-sama air zamzam dan tamar di Al-Haram. Teh halia juga dihulur oleh mereka-mereka yang menjamu di sana. Pekat, pahit dan kelat gila!! First timer kot… lama2 rasa sedap pulak… haha. Ahh bila pulak boleh pergi sana lagi…


“Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang yang berpuasa, iaitu pahala orang yang berpuasa yang tidak dikurangkan walau sedikit.” – Hadis riwayat al-Tirmizi.

* RM2500 untuk sekali tajaan berbuka puasa di sebuah masjid di Subang Jaya. The best part is, the empty list is finishing up very fast!!! Dermawan juga orang2 kita, alhamdulillah…


Monday, August 1, 2011

Marhaen dan Bangsawan

            
            Moon sets at about 1958 just now, indicating that 1432 H’s Ramadan sets in today as Malaysian astronomers witness new moon at +- 7 degrees above the horizon from various rukyah checkpoints all over Malaysia. Maka selamat berpuasa dan selamat beramal saya ucapkan kepada semua. Semoga Ramadan kita pada tahun ini lebih baik daripada Ramadan yang terdahulu, insyaAllah…

Daripada Abu Hurairah, Nabi s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang berpuasa Ramadan dan melakukan qiam dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran daripada Allah, diampuni baginya dosanya yang lalu, dan sesiapa yang melakukan qiam pada Malam Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran daripada Allah akan diampuni dosa mereka yang lalu” (Riwayat Bukhari)

<< pesanan umum >>
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
<< pesanan khusus >>

            Alhamdulillah, buat adik2 Kolej-Yang-Ulu-Entah-Mana2, event Bangsawan dah habis kan… so yang dah sudah tu sudah lah… kepada house yang menang, tahniah diucapkan tapi sambutan kegembiraan tu biar berpada-pada, boleh jadi korang kat atas sekarang, tapi siapa tahu.., tahun depan korang kat bawah…? Haa. Dan kepada house yang kurang bernasib baik, ketahuilah bahawasanya Allah lebih tahu apa yang best untuk you guys… J

            Dan kepada adik2 yang merasakan dirinya ‘najis’ selepas Bangsawan (I have a mixed feeling about this), tak perlulah jadi pesimis sangat… hidup je macam biasa, hayati konsep taubat dan recall balik ceramah ustaz Hasrizal pasal visi/misi hidup. Korang mangsa keadaan kot… so takyah la rasa mcm nak bunuh diri ke kerat jari ke ape ke… hehs. At a bright side, well, at least korang tahu betapa ‘indahnya’ dosa kan…? So just jangan ulang balik kesalahan yang sama…tu jek (easier said than done… huh!).         
                                 

“Ustaz dengar dah ada seniors yang datang kolej semalam… diorang buat usrah dgn juniors ke…?” – Ustaz Malikie

            “Aaa.. err.. entah ye kot ustaz… tadi diorang tolong budak2 ni prepare Bangsawan…”

“It’s the same story each year… there will be witches, nenek kebayan, sultan jahat… well honestly, I don’t see any moral values in Bangsawan like what we’ve been taught from our ancestors for ages… takde kan..?” – Puan Jas.

            “Ha’ah…takde la Puan…”

“It’s gonna be your performance tonight… and, well… with bloods, killing and screams… oh I think I should bring cotton buds to fit into my ears…” – Mr. Dant

            “Hahah!!!” aku gelak je la sbb muka dia lawak sangat.