Pages

Wednesday, August 1, 2018

Sembang samawi


Minggu lepas aku menemani umi dan abah ke Johor utk menghadiri majlis doa selamat sempena pemergian besan umi dan abah ke Mekah utk naik haji. Seronok bawa umi abah ke hulu ke hilir sebenarnya. Sebagai seorang anak, aku rasa puas berbuat jasa, lagi pula umi abah bukannya jenis yang cepat tidur bila masuk kereta (tak macam adik dan isteri aku haha).

4 jam perjalanan itu ada saja yang kami bualkan – and the highlight was about the lunar eclipse that was due the next early morning. Kalau bab falak ni memang aku seronok bercerita. Daripada cerita tentang bagaimana gerhana bulan berlaku, tentang salah faham orang marhaen terhadap sains, sampailah ke teori ‘Adam sebelum Adam’.

klik gambar untuk ke artikel

Abah paling seronok bercerita bila perbualan kami masuk ke daerah eksplorasi manusia ke Bulan. Sebab masa Apollo 11 mendarat di Bulan tu, abah baca berita live di surat khabar. Abah cerita, semua kawannya ada baju Apollo 11 gambar Armstrong. Abah nak arwah nenek belikan tapi arwah nenek tak bagi sebab ‘wak kenak pitih’ katanya. Aku pun ceritalah yang Armstrong dan Aldrin tu bukanlah org yg pertama sebenarnya sampai ke bulan. Misi Apollo yang sebelumnya pun telah ada, tapi mereka cuma mengorbit bulan, buat survey, lepastu patah balik semula ke Bumi. Bukti saintifik dan rekod perjalanan Apollo-apollo ini telah selamat didokumenkan, tetapi persepsi bahawa ia hanyalah propaganda yang dibikin di layar masih tebal dalam masyarakat Melayu kita.

Kemudian aku berkongsi pula tentang gerhana bulan dan gerhana matahari. Aku katakan, “Allah cipto manusio ni pada waktu dan maso hok comei. Kejadie kito ni berlaku tepat maso saiz bulan dan matahari napok samo di langit. Bilo kito napok bulei dan matahari lebih kure samo besar, bulei akan bo-bo muat jah tutup matahari maso gerhano.”

Buat yang tak tahu, bulan ni makin lama makin jauh dari Bumi sebanyak 1.5 inci setahun. Jadi masa zaman dinosaur jutaan tahun dulu, Bulan nampak relatively besar sikitlah dari Bumi. Kebetulan pula masa Allah matikan spesies homo erectus atau pelbagai genus homo lain pada ratusan ribu tahun dulu, genus homo sapiens diadakan (daripada tiada) dan diciptakan pada timing hok molek i.e. Bulan jauh sikit dari Bumi. Ia bukan kebetulan, tetapi suratan, dan kita sebagai orang Islam kena yakin hal ini sudah lama tersurat.

Abah aku pun excited juga bila bersembang tentang teori ‘Adam sebelum Adam’ ni. Sebab abah pernah tengok tengkorak dan replika jasad homo-homo sebelum sapiens di Vienna dulu. Kebetulan (atau suratan?) pula Allah kurniakan akal dan otak yang agak besar kepada homo sapiens untuk berfikir. Tapi jap, apa kaitan antara timing Bulan dengan zaman kita yang ada akal?

Dengan fakulti akal, dan dengan timing kedudukan Bulan yang comei yang Allah jadikan pada zaman kita, Einstein berjaya buktikan teori relativity semasa gerhana matahari pada 29 Mei 1919. Pembuktian relativity Einstein pada masa tu ada sedikit kontroversi, jadi Nobel Prize yang Einstein terima hanyalah berdasarkan eksperimen photoelectric emission beliau. Kalau Allah jadikan kita homo sapiens ini sedikit lewat atau sedikit awal, kita takkan tahu apa benda relativity gravitational wave ni semua.

Disebabkan kebetulan (atau suratan?) kita jumpa teori gravitational wave oleh Einstein hampir 100 tahun dulu, kita pun ciptalah LIGO dan VIRGO. Bila aku cakap ‘kita cipta’, aku merujuk ‘kita’ kepada ketamadunan manusia. So LIGO ni bukan Lego ye adik-adik. LIGO stands for Laser Interferometer Gravitational-Wave Observatory. Daripada nama dia saja kita dah tahu apa benda LIGO ni buat kan? Ia bukan sekadar nak detect gravitational wave, bahkan nak buktikan teori ini dan jumpa penemuan-penemuan yang kita tak nampak optically di luar sana.

So apa benda yang LIGO dah jumpa? Sejak beroperasi pada tahun 2015, kita dah jumpa 6 fenomena. Kebanyakan daripadanya ialah pelanggaran black holes, manakala satu daripadanya ialah pelanggaran neutron stars. Boleh rujuk jadual di bawah untuk penjelasan pelanggaran ini dengan lebih lanjut. Persoalannya ialah, apa yang kita dapat muhasabah daripada segala info dan data ini?


Pertama sekali, bahawa Allah Maha Besar dan yang Maha Kuasa yang memperjalankan hamba-hambaNya i.e. bulan dan bintang menurut kehendak Allah. Bintang ni ada banyak jenis, antaranya yang basic ialah macam matahari kita, bintang neutron dan lohong hitam. Jumlahnya berbilion, malah lebih banyak daripada butir-butir pasir di Bumi termasuklah kalau kita campur pasir di pantai-pantai dan di gurun-gurun termasuk Sahara.

Daripada berbilion bintang ini, Allah menyingkap hijab kita untuk mengenali objek-objek samawi yang lain menerusi gelombang elektromagnetik dan gelombang gravity. Just what are the odds, kebetulan lagi pula - pelanggaran lohong hitam yang dah berlaku berbilion tahun yang lalu, sampai kepada kita at light speed when we just had these observatories. Which can also mean statistically that these cosmic events are happening continuously even though they are rare. Satu persatu Allah izinkan kita untuk menimba ilmuNya yang luasnya selautan walau kita hanya tahu setitik cuma.


Beberapa bulan yang lalu kita baru saja jumpa 12 bulan yang baru yang mengelilingi Musytari. Salah satunya, Valetudo, mengorbit Musytari secara prograde dalam kalangan bulan-bulan yang orbitnya retrograde. Unik sungguh! Walhal belakang Bumi je tapi rupa-rupanya banyak lagi ilmu yang kita belum tahu dan baru nak diterokai. Buku teks Sains sekolah kena dipinda lagi nampak gayanya.

Subhanallah wabihamdih, subhanallahil adzim.