[Sebuah penulisan yang tertangguh. Terbahagi kepada 5 tema/slot. Search #DAISUKI15 di twitter dan facebook untuk membaca segala input yang dikongsi oleh para peserta, okay?]
"There is exception to everything," merupakan frasa kegemaran Ustaz Ridha. Ada juga kelompok Yahudi Ortodoks yang lantang membantah polisi luar Israel dan ada juga Yahudi yang mesra dan masuk Islam. Tapi kita sebagai orang Islam haruslah sentiasa berwaspada dengan orang Yahudi ini kerana sikap mereka yang bobrok itu sudah terbukti malar hijau sejak zaman berzaman.
Diceritakan juga sejarah kejatuhan khilafah Turki Uthmaniyyah - melalui usaha Hertzl dan Ataturk yang terkeji itu - sebagai pengajaran tipu muslihat yang sering kali berulang pula di zaman moden ini. Kuncinya ialah pada sikap Yahudi itu. Jika kita ada sikap itu, kitalah Yahudi!
"Sikap inilah masalah kita!" tegas Ustaz Ridha. Entah kenapa, tiba2 ustaz mengambil contoh sifat orang Melayu yang cepat menuduh dan melabel 'liberal' kepada orang yang tak bersefahaman dengannya. Tetapi contoh yang ustaz beri itu benar - bahawa kita ini jarang sekali bersikap objektif terhadap sesuatu masalah/ilmu.
Sayidatina Aisyah meriwayatkan bahawa Baginda SAW tetap berpuasa walaupun belum mandi junub sesudah terbitnya fajar subuh. Manakala Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Baginda SAW bersabda tidak sah puasa bagi orang yang tidak mandi junub sebelum subuh. Dalam kitab fiqh, perbezaan ini dibahaskan, khilaf diraikan, dan tidak ada seorang pun ulama' fiqh yang memburuk-burukkan peribadi antara kedua-dua sumber hadis tadi, justeru, memanifestasikan keobjektifan mereka dalam mengangkat nilai ilmu. Kita? Personal assassination teghuih la gamoknye.
Banyak strategi komunikasi dan politik yang dikongsi oleh ustaz sepanjang program Daisuki. Dan apabila ustaz ada menyatakan bahawa kegemilangan Islam akan kembali bersinar, aku tertanya-tanya, apakah Islam akan kembali gemilang dalam sistem pemerintahan demokrasi terpimpin? Apakah acuan ini yang paling mantap? Jika ya, apakah peluang dan saluran yang boleh kita semua ceburi untuk turut sama menjadi pendokong kepada kebangkitan agama kita ini?
Segala persoalan ini aku serahkan kepada kalian untuk direnung.