Pages

Tuesday, April 22, 2014

Barangkali hanya awak yang faham




Di pinggir aur itu,
seorang pemancing tua.

Lalu aku cuba berempati - cuba untuk menjadi dirinya.

Aku digigit nyamuk,
Masaku terbuang,
dan aku kesunyian,
jauuuhh di luar kota Sheffield.

Yang berteman,
barangkali hanyalah monolog,
Monolog yang jika ia tidak dipandu,
Ia liar bersama-sama bisikan setan,
dan keluhan berat seorang gagalis.

Ya benar,
bahawa alam terbentang itu 
Teman seorang pemancing.
Desir kerikil, deru angin, sahutan unggas,
Harmoni simfoniNya,

Tapi apalah ertinya jika sukma gersang?
Jika cinta ini tidak berputik?

Sampai ke sudah kailku tidak mengena.
Jauh-jauh aku melemparkan pandangan,
Melatari petak ladang yang berbalam-balam.

Apakah aku sudah berempati?

Kata orang,
‘Kalau kail panjang sejengkal, jangan diduga lautan dalam’

Aku ingin mencuba,
Meski kita ingin mengenal, jangan hanya di tubir kalam.


xx,
PMB,
1500: South Yorkshire.


Tuesday, April 8, 2014

Tusyen Lim USJ 13

By the time korang baca blogpost ni, barangkali fenomena istiqbal (opposition) planet Marikh telah pun berlaku. Bagi kawan2 yg ada di UK, istiqbal berlaku lebih kurang pada pukul 10 mlm ni. Jap apebende istiqbal ni? Haa boleh baca kat sini —> http://falakonline.net/semesta/2014/02/siap-sedia-semua-marikh-sudah-datang/

Walaupun Marikh kali ni tidaklah besar mana, tapi ia senang dicam sebab kecerahan merahnya sudah menyamai kecerahan bintang yang paling terang iaitu Sirius!

Lihat langit UK di sebelah tenggara malam ini. Senang cerita, hadap kiblat =)

Hampir tiap-tiap tahun aku tidak terlepas untuk melihat Marikh di angkasa. Kali pertama aku melihatnya ialah ketika istiqbal Marikh pada tahun 2003. Maka, anjakan paradigma aku dalam dunia falak sebenarnya bermula pada istiqbal Marikh 2003 yang kebetulannya berlaku di pusat tusyen Lim USJ 13! haha

Ok lah kali ni aku cuma nak cerita pasal tusyen Lim dan kaitannya dengan planet Marikh je haha.

Siapa tak kenal Tusyen Lim ni. Orang sejauh Puchong dan Shah Alam sanggup menghantar anak-anak mereka ke pusat tusyen ini. Semuanya gara-gara cakap-cakap orang yang berpindah daripada mulut ke mulut.

Walhal rumah teres pusat tusyen ni kecik je, dan cuma ada dua bilik kelas pada ketika itu. Tenaga pengajarnya pula hanya sepasang suami isteri iaitu Mr Lim dan Mrs Lim. Mrs Lim ni pula khabarnya Cina Kelantan (hahaha sesuka hati aku je. Entah2 tak betul pun). Alahai seronok betul aku dengar beliau bersembang. Sudahlah bahasa Melayunya fasih gila, berbudi bahasa pula!

Sebelum keluarga aku berhijrah ke tempat lain, aku tinggal di USJ 13; hanya 100 meter sahaja dari rumah tusyen Lim ni. Tiga tahun aku menghadiri tusyen Lim, dan selama tempoh itu jugalah aku melihat keluarga Mr Lim berkembang, mendapat cahaya mata dan mengenal hati budi.

Kami tusyen dari pukul 8 sampai pukul 10 malam, 2 kali seminggu. Entah kenapa, aku sangat look forward utk pergi tusyen Lim ni. Kadang2 tu, habis je main bola dgn kawan2, terus aku bersiap-siap utk pergi tusyen walaupun sanggup tak dinner dahulu.

Gila betul. Walhal jadual kami adik-beradik memang super packed kalau nak difikirkan. Usai sekolah kebangsaan, kami ke sekolah umi untuk mandi dan tukar baju sekolah agama (of which beg dan baju sekolah agama sudah disiapkan beforehand dan disimpan dalam kereta umi). Habis sekolah agama pula terus pergi padang main bola, then pergi tusyen Lim. Dari mana kami dapat tenaga sebanyak itu untuk bertahan dan stay focus dalam kelas sepanjang hari pun aku tak sure. Balik2 tusyen, kami pun makan saja lah lauk2 di dapur yg sudah sejuk.

Tusyen Lim ni seronok sebab Mrs Lim ajar silibus dgn sgt in-depth. Mrs Lim juga akan make sure beliau ajar silibus before cikgu2 di sekolah ajar. Selalu la jugak beliau bertanyakan kami “sekolah usj 12 dah belajar Sains sampai mana ya?” atau “cikgu2 sekolah usj 20 sudah ajar matematik sehingga bab berapa?”. Jadi, di sekolah, kami akan lebih advance daripada murid2 yang lain.

Kawan2 di tusyen Lim ni pun gila-gila. Yang paling suka buat lawak spontan namanya Razlan. Yang suka sakat anak Mrs Lim namanya Lim jugak. Anehnya, kami tahu bila masa untuk diam dan fokus dlm kelas dan bila masa untuk bising dan main lastik-lastik kertas.

Tapi, sebab paling utama kami suka ke tusyen Lim ialah rewards yg Mrs Lim selalu bagi. Jika kami dpt menyiapkan semua homework tusyen dlm masa sebulan, kami akan mendapat sijil. Cantik2 pula sijil tersebut. Ada yg bercorak Pokemon, ada yg jenis glittering dan wangi. Kalau perempuan, boleh request sijil bercorak Barbie atau yg sewaktu dengannya. Cukup sahaja 5 sijil, kami dpt trade dgn hadiah istimewa drpd Mrs Lim. Chocolate Daim atau Ferrero Rocher tu kira hadiah biasa lah.

Habis sahaja tusyen pd pukul 10 mlm, kami akan bermain kejar-kejar di halaman rumahnya sementara menunggu parents pick up anak masing2. Kadang2, kami akan kutip siput babi-siput babi yg banyak di tamannya lalu main lumba-lumba siput babi siapa yg paling laju. Mrs Lim akan sentiasa melayan kami dgn kopi, bersembang-sembang, sehinggalah kesemua pelajarnya pulang.

Lalu pada tahun 2003, secara tiba2 Mrs Lim memperuntukkan 15 minit terakhir sebelum pulang untuk bercerita tentang planet Marikh. Kami dibawa keluar dan diajar untuk mengenal pasti objek2 di langit. Pada ketika itu jugalah aku mengenal teleskop. Memang excited sungguh. Sebab Marikh pada ketika itu memang super besar!

Aku seakan-akan terpaku. Seolah-olah sudah terperangkap dalam genjutsu yang dipancarkan dari planet Marikh. Tapi lamunanku pada ketika itu terhenti apabila Mrs Lim menyuarakan pendapatnya tentang adanya kemungkinan kehidupan di planet Marikh.

Entah kenapa, pada ketika itu buat pertama kalinya aku tidak bersetuju dgn pendapat Mrs Lim, haha. Sebab aku berdalilkan ayat Quran yg banyak menceritakan perihal Bumi dan manusia, manusia dan Bumi, serta permulaan kejadian hari akhirat yg Allah ceritakan cuma tertumpu di padang Mahsyar, which is our Earth. Mantik budak darjah lima -.-

Pulang sahaja daripada tusyen, aku bercerita dengan penuh takjub perihal istiqbal Marikh kepada umi abah dan adik-adik. Dan sampai sekarang pun, kalau aku diminta untuk tunjuk langit dan bercerita mengenainya, my pupils dilated. Hoh.

Cumanya langit UK dah tak sama lah dgn langit Malaysia. Apa2 saja berita yg aku terima daripada geng2 FO akan aku translate terlebih dahulu, baik dari segi geografi mahupun timing. Tentang idea untuk mengetengahkan kesedaran falak dlm kalangan Malaysian di UK ni memang dah lama ada, cuma masa dan kerja pula yg membataskan. So aku cuma berkongsi mengenainya dlm usrah2 je, haha.

Jadi sekian sahajalah cerita tentang tusyen Lim usj 13 ni. Mr Lim dan Mrs Lim sudah lama tidak kuketemu. Semoga kalian sihat2 sahaja nohh (kalau kalian ada terbaca blogpost ni sila respon, hehe).