Mureed atau pelajar atau siswa - merupakan isim fa'il yang berasal daripada kata arada dalam bahasa Arab yang bermaksud yang berkeinginan atau yang memiliki minat untuk mendapatkan ilmu, pengalaman dan rahmat.
Wednesday, September 19, 2012
Wednesday, September 12, 2012
Kapal Haji dalam Kenangan
Assalamualaikum wbt,
Subhanallah,
walhamdulillah,
Allahuakbar,
wa la haula wa la quwwata illa billahil ‘aliyyil ‘azim.
Subhanallah,
walhamdulillah,
Allahuakbar,
wa la haula wa la quwwata illa billahil ‘aliyyil ‘azim.
Saya rasa saya sudah lama tidak berbicara mengenai buku. Hal
ini bukan bermaksud bahawa saya sudah tidak gemar membaca, tetapi belakangan
ini saya mula menyedari bahawa pembacaan saya lebih cenderung ke arah bahan
bacaan elektronik. Sejak pandai menggunakan google (err…), saya dapati diskusi
dan forum2 di internet serta laman sosial sudah lebih daripada memadai untuk
mengetahui isu semasa dan menjana keilmuan. Lebih2 lagi ia hanya semudah satu
klik tetikus komputer.
Saya
rasa, keadaan ini akan menjadi bertambah parah jika saya memiliki ‘smartphone’
yang boleh mengakses internet tanpa mengenal sempadan. “Guna Iphone je…,” jawab
salah seorang senior saya apabila saya bertanyakan perihal buku2 pelajaran yang
saya perlukan di universiti. Aduhai !! -.-
Toyyib,
kali ini saya ingin berkongsi cerita orang menunaikan haji. Cerita ini saya
peroleh daripada sebuah travelog bertajuk ‘Kapal Haji dalam Kenangan’ karya
Yahaya Awang dan diterbitkan oleh Utusan pada tahun 2008. Selain itu, saya juga
sempat meneliti beberapa bacaan lanjutan di forum ini. Sinopsis di akhir muka
buku ini dan pengenalan mengenainya digarap dengan baik oleh penulis,
membuatkan saya berasa tidak senang duduk untuk terus membacanya;
“Saya telah menemu
bual beberapa orang yang pernah ke Mekah dengan Kapal Haji Anshun, Anking,
Bunga Raya, dan Kuala Lumpur. Jemaah haji yg belayar bersama saya dgn Kapal
Kuala Lumpur awal tahun 1969 juga memberi inspirasi kpd saya. Ketika itu
kebanyakan mereka berumur lebih 60 tahun. Bermakna jika Allah panjangkan umur
mereka sekarang mereka berumur lebih 100 tahun. Yang saya tahu ramai yg telah
kembali ke rahmatullah. Kita berdoa mudah-mudahan Allah mencucuri rahmat ke
atas roh mereka.
Pengalaman arwah ayah
saya belayar ke Mekah dengan kapal yg menggunakan kuasa arang batu bersama
datuknya kira2 pd tahun 1900 dan pengalaman arwah ibu saya yg dua kali belayar
ke Tanah Suci juga memberi ilham kpd saya. Yang baik drpd Allah dan yg serba
kekurangan drpd saya sendiri. Saya mohon maaf.
Kapal haji yg membawa
kira2 1500 orang jemaah haji menjelma sbg kampung terapung di lautan Hindi. Masyarakat
terapung yg dtg dari seluruh pelosok Malaysia dgn dialek atau pelat bahasa yg
berlainan tetapi niat dan hala tuju yg sama. Ada yg kaya. Ramai yg sederhana. Semuanya
baik hati, peramah, periang dan suka menolong. Tidak ada apa yg hendak
dibanggakan di tengah2 lautan yg bergelora.
Yg kaya tinggal di
bilik kelas satu dan dua yg berhawa dingin. Yg lain tinggal di petak2 di perut
kapal. Di setiap petak ada kira2 15 buah katil dua tingkat utk 30 org jemaah. Suami
isteri, rakan2 setempat dibenarkan tinggal bersama. Petani, nelayan, cikgu,
kerani, polis, pesara dan lain2 hidup spt sebuah keluarga. Bekalan makanan dan
ubat dikongsi bersama. Sakit demam bersama-sama tolong-menolong.
Di atas kapal ada tuk
bomoh, bidan, tukang urut, dan ramai penglipur lara. Riuh rendah bergelak
ketawa di petak, di dek kapal dan di mana saja. Suasana perkampungan jemaah
haji di lautan Hindi berbeza-beza. Waktu fajar menyinsing amat menarik. Waktu senja
dan malam ramai yg terpesona, terutama waktu bulan terang di Laut Socotra yg
digelar Laut Sutera. Ramai yg bersiar-siar, bersembang dan bercerita. Ramai juga
yg membaca alQuran dan berzikir. Keindahan alam mengingatkan jemaah tentang
keindahan dan kekuasaan Pencipta. Yg lalai ada juga yg bermain daun terup,
catur, dam, dhomna dan lain2. Anak2 kecil berlari-lari menghiburkan ayah bonda.
Cucu2 tuk bergelar remaja lain pula kisahnya. Dlm kumpulan, mereka berkelah dan
meronda.
Semua nampak riang dan
ceria. Seronok sungguh belayar ke Jeddah dgn kapal laut. Pernah berlaku, duda
dan janda minta dinikahkan segera walaupun baru bertemu mata di tengah samudera.
Di mekah, Arafah, Muzdalifah, Mina dan Madinah tentu lebih bahagia lagi. Rugi kalau
anda tidak membaca buku ini kerana kapal haji tidak ada lagi. Banyak cerita
menarik yg diselitkan dlm buku ini.”
Persediaan
orang tua2 untuk menunaikan haji pada zaman dahulu merupakan antara perkara yg
perlu ditekuni generasi muda pada hari ini. Cerita2 ini bukan shj seronok utk
dijadikan topik perbualan antara atuk dan cucu, bahkan penting utk kita sedar
bahawa mereka bersusah-payah utk menunaikan rukun islam yg kelima itu. Menjual sawah
dan tanah utk haji ialah perkara biasa. Berkongsi rasa dan kisah, pada saya,
mampu untuk memindahkan kesungguhan nenek moyang kpd generasi muda agar
berkeinginan tinggi utk ‘naik haji’.
Melalui
buku ini, saya baru sahaja tahu akan cerita orang kampung bergotong-royong
merajut tong sahara. Sebelum ini saya tidak pernah dengar cerita mengenainya. Begitu
juga halnya tentang orang membawa belut dalam botol berisi lumpur. Dan juga kisah
berkejaran menangkap ayam yang terlepas dari ikatan di atas kapal tetapi malang
sekali ada antara ayam2 tersebut terbang ke laut lepas lalu mati katak. Dan juga
petua memamah bawang merah mentah untuk menguatkan tubuh daripada hawa negara yg
kita tidak biasa.
Saya melahirkan
rasa kagum dan terima kasih kepada si penulis kerana mempunyai ingatan yg sgt
kuat dan berjaya pula menghidupkan cerita dgn perincian2 yg teliti. Pelayaran kapal
haji yg berminggu-minggu ternyata tidak bosan dan penuh dgn aktiviti, menurut
penulis. Selain kuliah agama pd setiap hari, ada juga acara sukan bg anak2
kecil, kuiz haji utk org dewasa, latihan kebakaran dan sesi jual beli yg unik
di pelabuhan2 yg disinggahi.
Kisah duka
apabila menguruskan jenazah anggota jemaah yg sudah uzur tidak dpt dielakkan. Mereka
dikebumikan nun jauh di perut laut, dilepaskan perlahan-lahan dgn pemberat. Teringat
pula saya pada pantun ‘kelip-kelip kusangka api, kalau api mana dapurnya? Hilang
ghaib kusangka mati, kalau mati mana kuburnya?’ T_T. Kisah suka juga ada melihatkan
jemaah yg tawaf secara berenang padahal banjir di sekeliling kaabah sudah hapus
kepala! (ya, ada gambar hitam putih dalam buku ini).
Baik rasanya
cukup sekadar itu. Buku ini termasuk dlm kategori ‘mestibaca’ hehe. Apa yg
pasti, saya tidak akan membawa buku ini bersama-sama saya ke kerajaan bersatu nanti sebab
beratnya sahaja sudah sama dengan berat sepapan sup bunjut ! hahaha.
Surah Yunus, Ayat 22: "Dialah yang menjalankan kamu di darat dan
di laut (dengan diberi kemudahan menggunakan berbagai jeniskenderaan); sehingga apabila kamu berada di dalam bahtera dan bahtera
itu pula bergerak laju membawa penumpang-penumpangnya dengan tiupan
angin yang baik dan mereka pun bersukacita dengannya; tiba-tiba
datanglah kepadanya angin ribut yang kencang dan mereka pula didatangi
ombak menimpa dari segala penjuru, serta mereka percaya bahawa mereka
diliputi oleh bahaya; pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah
dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadaNya semata-mata (sambil
merayu dengan berkata): Demi sesungguhnya! jika Engkau (Ya Allah)
selamatkan kami dari bahaya ini, kami tetap menjadi orang-orang yang bersyukur"
Monday, September 3, 2012
Prep update.
I know it’s been a while since I updated my previous entry,
and there’s actually a lot to spill out but seriously I am running out of time.
Walls surrounded me at these times that I’d once consider the thought of
posting vlogs. I dare not though. =.=
Last
Saturday, my family and I were in Kuantan visiting our relatives (yang tak
pernah tahu ramai sebenarnya kat sana). Earlier that day, we played tennis and
checked out from the Swiss Garden resort. And by late evening, we already
arrived in Subang Jaya, attending Kamil’s majlis doa selamat and joining futsal
with the ‘semangat sukan soton’ team at the Sportsplanet.
I returned
home at 1 am. Then it took a while for me to sink into the reality that I’ve
not done with my visa application! (this is due to the uni’s late update
towards my new passport, not me procrastinating. eheh alasan je lebihh)
I have
not finished my Syawal fasting, my reading materials, my cooking lesson, buying
luggage stuffs and to spend some quality time with le family and friends. And to
think that I only have three weeks left at home, macam cacing kepanasan dan
macam kera makan belacan lahh aku…! Aiyaaa
Ok anyhow
I shall make this post short. And to those who kept asking when is my flight to
London, September 22nd. it is. Which university? universiti yang ada
kaitan dengan susu, sotong dan ‘semangat sukan’ -.-!
Misi ke
universiti idaman tercapai jua akhirnya. Tak sabar juga sebenarnya nak sambung
pengajian (errr…). Jadi sekarang cuma tinggal beberapa misi, iaitu misi yang pernah
aku conteng menggunakan pen marker di cermin loker dorm berkat 1 dulu;
11 1As dalam genggaman,
doktor pakar kupunya masa depan,
Study overseas kuharapkan,
Dalam hatiku 30 juzuk alquran.
selamat hari raya!!! ikhlas daripada geng pasir mas, kelantan ^^
Subscribe to:
Posts (Atom)