Pages

Wednesday, June 27, 2012

tarbiah zaatiyyah in action alahai

Dalam perjalanan pulang ke rumah seusai solat isya di masjid, sedar-sedar sahaja Scorpio sudah tinggi di dada langit. Orion sah-sah dah tenggelam. Anak bulan Syaaban pula dah tersangkut tinggi di menara masjid. Fuhh… cepat betul masa berlalu. Sehingga putaran alam pun aku sudah hilang arah.

Kadang-kadang, rasa bosan menyelubungi diri dek tiada stesen radio yang menggamit jiwa. Kalau dulu-dulu (zaman struggle Alevels), slot Late Night Love Song daripada Redfm yang sering dipilih, terutama sekali semasa membuat ulangkaji Further Maths (atau apa sahaja subjek yang bersifat kenomboran hehs). Haish… lagha sungguh.

Jadi, bila terkenangkan lagha yang kadang2 melampau, aku tukar stesen Ikimfm. Alahai, dua kali lima juga rupa-rupanya. Ditambah pula dengan suara deejay lelaki yang tak ubah seperti perempuan. Muntah hingus juga sekali-sekala. Maka, tinggallah KlasikNasional yang terkenal sebagai pemutar lagu-lagu klasik piring hitam sebagai pilihan neutral.

Meluangkan masa bersama-sama keluarga di depan televisyen pun boleh jadi bosan. Punya laa baanyaaaak saluran yang Astro Byond tawarkan, saluran 393 One HD juga yang adik-adik aku duk menggila. Naik stress dan tambah uban dah kepala aku dan abah aiyoyooo. Nasib baik aje aku tak terikut-ikut artis Korea, justeru, Alhamdulillah dijauhkan tuhan daripada menjadi pondan yang tak bermaruah.

Arakiannya, kepada semua teman di luar sana, terutamanya lepasan IB, Alevels, mahupun mana-mana ujian, jika anda semua senasib dengan saya (=bosan tak ada benda nak buat), saya menyeru jomlah kita sama-sama mengamalkan doa ini hehe...

oh, lupa bulan rejab dah habis hihi!

Digalakkan juga agar diperbanyak selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad saw. Sabda baginda yang bermaksud “sesungguhnya rejab ialah bulan Allah, Syaaban ialah bulanku dan Ramadan ialah bulan umatku”.
Perlu diingat, keberkatan masa perlu dijaga kerana masa juga merupakan makhluk Allah. Kepado saeng2 (lebih kpado pringatae wak diri sndiri jugop bbena), wak ringae2 la tuboh gi ddenga ssejid. Dokpom, pderah mano2 ayat qur’ae hok tok ingat. jange pulok sapa kito immune nga bare2 molek. insyaAllah Allah yusahhilnaa.
*orang bukan Kelantan yang dapat 'translate' ayat atas ni memang aku respek ahh

Saturday, June 16, 2012

A-Levels...


…over. Yet the learning agenda does not.

                I was on cloud nine of course. It feels like having both honey chipotle’s fajitas  and Portobello mushrooms in mustard vinaigrette, with pico de gallo as the side dish, in a scenery overlooking lagoons like the one in Bintan. In a simpler term: I am relieved. Yeah that’s it.

                ‘Ala kulli haal, ujian kali ini agak getir dan menyeronokkan. Seronok sebab adanya pelerai stres seperti Euro 2012, hockey junior asia cup, piala sultan azlan shah, champions league, piala FA, piala Thomas, French open, formula 1 gp, Giro d’Italia, le tour de france, dan etcetera di kaca televisyen, justeru, menyebabkan sedikit kegetiran apabila secara tiba-tiba masa dirasakan sangat suntuk.

                Maka suasana di kolej menjadi semakin sunyi dan berjerebu. Sunyi (internal disutilities) sebab jumlah pelajar berkurangan, manakala jerebu (external disutilities) disebabkan oleh kebakaran hutan di Sumatera. [Lawak betul. Semalam ada orang datang cakap kat aku bahawa kebakaran hutan Lembah Beringinlah yang menyebabkan kejadian jerebu. -.-! (dasar budak bandar)]

                 Tinggal seminggu sahaja lagi untuk aku bermukim di kolej. Tinggal dua hari (secara sah di sisi undang2) untuk bermain air kolam. Tak tahu lah sempat atau tak nak improve sebab asyik2 10 lap je yg termampu. Tinggal beberapa hari saja lagi untuk bermain selipar dengan budak2 kolej. Tinggal beberapa hari saja lagi untuk lepak di café baru. Tinggal….

...tinggalkan kolej, which is the best thing to do. And write more about it in the near future as a remembrance I believe.

buah berangan kuih bahulu,
sering diidam si gadis perawan,
layangkan kenangan di angin lalu,
pudarlah dendam diingat jangan.

(aiyok teruk gila pantun aku sekarang, huhu~)