Pages

Sunday, September 18, 2011

Muslim Youth Camp (MYC) 2011



“Aku tak puas hati dohh… apesal MYC tiga hari je weh..? huhu~”

“Lek ahh Hijaz… aku rasa tiga hari tu pon sbnrnye dah lebih dari memadai,” balas aku.

“Tapi aku rasa tenang gile kot kat kem tuh…”

“Habis, kat KY tak tenang?” haha ok yang ni aku tipu je… memang anticlimax lah kan kalau aku reply kat si Hijaz ni macam tu. Mau mintak backhand free2 je karang… haha =P

----------------------------------------------

Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga -Ustaz Nizam


All in all (pergh conclusion terus), so I had my second MYC (16-18 Sept) at Kem Bina Semangat Kuala Kubu Bharu which is just opposite of the DQ and this time, I was appointed as Special Task exco coz I wanted to. HAHA. Dan secara ad-hoc jugak aku kena jadi ‘penghulu’. =.=

Input dan aktiviti modul yg disediakan oleh Brother Yorke (mamat Warwick) ni agak banyak and thus I wuld like to take this as an excuse for me to spill ‘em all out in this blog sbb korang kan dah sedia maklum yg aku ni dasar pemalas Snorlex. And btw, I guess pictures did speak louder rather than reading between the lines kot… =D


Hanyasanya Allah yang mencipta rasa cinta -Ustaz Zam

Al-Quran ialah panduan lengkap hidup insan, bukan buku resepi mahupun buku sains moden -Brother Shah


Yang membuatkan MYC agak special pada tahun ni ialah… err… firstly aku rasa sebab penceramah jemputan kot. Walaupun Ustaz Hasrizal & Ustaz Erfino dikatakan terpaksa membatalkan jadual last2 minit, tapi rasanya kehadiran Brother Shah Kirit, Ustaz Zamri tv9 dan Ustaz Nizam sudah cukup membuat kitorang puas hati dengan ilmu yg disampaikan Alhamdulillah…

Secondly; fasiliti kem yg superb kalau nk dibandingkan dengan tahun lepas. Dewan ada air-cond… karpet surau empuk… tanggam tiang surau yg kemas… bilik mandi open-air… simen walkway yg pure tak campur banyak pasir… dan air ventilation kat dining hall yg super effective. Hehs… dasar mata engineer la kan


Kahwin bukan penyatuan 2 jiwa, tetapi penyatuan 2 keluarga -Ustaz Nizam


Thirdly; tema MYC tahun ni yg tak boleh blah… “Saya, kamu dan dotdotdot…” Aku pun agak hairan knape laa si Yorke buat modul yg dah mcm kursus prakahwin JAIS, walhal bebudak ni takde laa miang mane nk kahwin awal ape sume… hahah. Si Aslam tu mmg ofcos excluded laa… no offense!!


Learning is continuous. ambil ilmu di luar kuliah utk mendapatkan 'degree' yg lain dalam hidup -Kak Azila


Part yg paling best would be the forum between Kak Azila (ex-Soton), Ustaz Nizam (mursyid dunia akhirat), Brother Isa (ex-Imperial) dan Dr. Shafie (ex-Notts). Moderator pulak si Jpah (ex-Imperial). Best sbb isu ‘Cinta vs Cita-cita’ dikupas dgn baik oleh org yg mmg betol2 ahli dan sudah berkahwin serta diskusi dua hala yg agak panassss… pengalaman Kak Azila la yg paling best sbb dulu dia anti lelaki pastu tetiba sekarang dah kahwin haha (habis la aku kalau dia baca blog neh…)


Live your life!! Getting degree is not the end of it -Ustaz Nizam

Tarbiyah itu berterusan. Dakwah dan Islah mesti beriringan -aku.
btw aku suka gila gamba ni. thnx ahh yorke



* btw, MYC kali ni agak merubah paradigma seseorang. Dahsyat betol. Ade sorang member aku ni dulu dia kata dia nak ehem2 sebelum fly… alih2 lepas terkena penangan MYC, dia ubah fikiran nak ehem2 lepas grad masa kerja. Sentappp~


Saturday, September 10, 2011

Play-play: Nike Blue Chip II


usia; genap setahun

venue studio; atas katil :)

berat; boleh blah.. tapi tak affect jumping height insyaAllah

bukan ayaq, tapi angin. lol


Play-play kali ini berserta sebuah cerekaramarama <===bosan gileee...

-----------------------------

Entah kenapa petang itu aku rasa serabut. Bengang dan sedih bercampur-baur. Aku cuba memujuk hati dengan membaca potongan-potongan zikir, tapi ahhh macam tak lerai pulak kekusutan dek asakan suara-suara syaitan. ohh Lemahnya aku.

          Aku tahu orang kat chalet2 lain annoyed dengan kebisingan yang aku buat petang tu tapi aku still tak peduli. Aku tahu aku dah tak jaga hubungan dengan orang sekitar. Mr Murali pun pernah komplen ade bebudak Diamond suka buat bising sampai mengganggu ketenteraman kuarters cikgu (bukan aku kot..?). Rather than plucking guitar, aku dah somehow actually dah nak hampir putuskan tali. Pergh parah betul stress berlebihan.



Hihik. It’s normal for me to overboard with hyperbolic descriptions though. Tapi senang cerita aku tak senang duduk ahh…

First sebab aku tak jaga hablum minannas.

Ada satu petang tu si A tanya aku, “weh fifi apesal kau gila sangat semalam..?” Muka dia mmg serious tak puas hati ngan aku arh…

Sejurus, aku rasa guilty yang amat. Tapi mmg patut pon dia sound aku sebab dia mmg ada tanggungjawab menjaga welfare anak2 buah dia. Leader mana yg boleh senang duduk kalau anak buah dia disakiti kan? Aku rasa segan nak cerita tapi hakikat ceritanya ialah house aku (diamond) menang game basketball dengan cara yang sedikit kotor. Tu je….

The whole point is that aku tak expect langsung yg the final game would be the night that I turned into my Mr Hyde. Of course, the appalling crime I did in the match is unnoticed by the spectators and even the referees. But I forgot to discern that experienced players like this mr A were watching my heinous acts in the court.

Kepada yang kena siku kat muka (macam la kau baca blog aku kan…), yang kena lutut kat perut, yang termakan jerat ‘pushing’, yang kena body kaw-kaw, sumpah sorry ohh kalian… I was just emotionally unstable. Duhhh how pathetic it is… aku pun taktau nak describe mcm mane ohh~


*btw it is amazing to note that I felt pleasure with the crimes I did. Aku gelak kot nengok budak tu menderita bila aku siku muka dia without anyone noticing it. Aku takde MPD kan, psychologists? =D


Secondnya sebab biological changes.

          Reaction time reduced to about 100%. Strategy orientation failed. Motor coordination malfunctioned. Sight ability worsens. Semuanya sebab depa buat interhouse games pada waktu malam, dalam MPH, with poor lighting, and echoes of annoying shoutings. Aku tak dapat terima arghhh!!!!




Minta maaf banyak2, kepada sesiapa yang terasa hati.



Friday, September 2, 2011

of 'balik kampung' tragedy


          Ada banyak perkara yang sinonim dengan sambutan hari raya aidilfitri. Kalau di Timur Tengah, ‘Ramdhan lanterns’ merupakan antara perhiasan yang wajib dibeli menjelang hari lebaran. Malah ada sesetengah tempat di Oman yang masih mengamalkan ‘Qaranqashow’ (betul ke ejaan..?) dengan contengan muka yang warna-warni dan nyanyian kanak-kanak.

          Di Malaysia pula, ‘iklan tv komersial Petronas’, ‘main bunga api’, ‘rumah terbuka raya’, ‘Ops Sikap’ dan ‘balik kampung’ merupakan complement events prior to hari raya (nah hamek kau rojak melayu inglis cehh). Senang cerita, seluruh rakyat jelata tanpa mengira umur, bangsa mahupun pangkat look forward for these typical domestic cultures, termasuklah aku.

          Okeh panjanglahh pulak mukaddimahnya… dahla mukaddimah cliché mesti korang bosan kan? So apa kata aku bercereka. Nak dengar baca ke tak nak tu atas angin masing2 lah ye… kalau lepas baca cerita aku pastu korang tak dapat terima kenyataan and then terbunuh diri (ekstrem sangat la pulak…), penulis tak nak tanggung satu sen hoi! Tehehee… ok, stop it.

“Balik kampung.”

----------------------------------

          Tengahari 29 ramadan yang lepas sangat panas. Dalam MPV, semua orang tidur kecuali aku dan abah yang sedang drive. Umi dah lena kat sebelah seat abah. Adik2 aku pulak dah macam2 gaya tidur; yang sorang tu terkangkang, sorang lagi tidur bukak mulut, dan yang sorang lagi menyandar kat bahu aku sambil buat muka comel. Cuaca panas dan terang di luar benar2 membuat mata jadi berat, walaupun suhu agak sejuk dalam kereta.

          So kawan2, inilah Kelantan. Kalau musim tengkujuh, pok jidin ribut taufan memang hentam kaw2. Tapi kalau summer, duduk lama2 dlm rumah pon boleh berpeluh bontot. ‘ala kulli hal, bukan isu cuaca panas yang aku nak cerita. Tapi isu emosi orang masa cuaca panas. Cuaca panas, emosi pun panas!

Back to the story. 

          Aku mengalih pandangan ke luar tingkap, just to get to know that kitorang dah nak sampai Pahi, Kuala Krai. insyaAllah barang sejam setengah lagi sampai la kot ke kampung terchenta, Pasir Mas. Pastu aku tengok depan pulak. Ada la a few kereta berplat wilayah sedang meluncur laju tapi masih tak dapat nak overtake masing2 sebab jalan kat area ni banyak selekoh tajam. Memang cari nahas la kan masuk lane sebelah. :O

          Aku tengok abah aku macam dah mengantuk. Rasa cuak la jugak sebab kadang2 abah aku bawak ke kiri sangat, kadang2 makan jalan sebelah, kadang2 brek mengejut. Mulanya aku ingatkan yang abah aku sorang je yang mengantuk, tapi rupa2nya kereta2 yang lain pun lebih kurang sama gamaknya. Hati aku jadi tak sedap. Lebih2 lagi bila tengok kereta SUV (rasanya la…) yang paling depan dipandu dengan sangat laju dan berbahaya.

Haish tak boleh jadi nih…

          Dum!!! Umi tersedar daripada tidur apabila MPV kitorang bergegar kuat dek turapan jalan yang tidak rata. Umi tengok muka abah. Abah mata kuyu jek, berkedip banyak kali. “abahnya, kalu sero ngatok, breti…” pinta umi. Agaknya umi pun rasa tak sedap hati kot. Abah aku diam, tak reply apa-apa. Cuaca kat luar masih panas teng teng.

          “Abah, breti la tepi. Biar abe bowok,” sekali lagi umi mendesak. Abah diam. Aku dah macam ‘eh pahal lak ngan abah aku nih… dari tadi tak cakap apa2… kene sampuk ke ape nih..?’. aku cuak. Tahap gaban punye. Akhirnya selepas berkali-kali didesak, abah akur. Dalam masa kurang lebih setengah minit, aku ke depan dan abah ke belakang. Switch drebar.

          Perjalanan diteruskan macam biasa. Aku bagi signal kanan nak masuk lorong dan accelerate to catch up dengan konvoi orang bandar yang tertinggal agak jauh tadi. Tak sempat sampai kelajuan 60 km/h, aku membrek MPV tersebut sampai berhenti sebab kereta kat depan aku berhenti. ‘eh, apa lagi ni…? Takkan tetibe traffic jam?’ getus hatiku yang dah start berwalang.

          Aku tak nampak sangat apa yang terjadi kat depan. Tapi apa yang aku tahu, ada beberapa kenderaan berhenti kat tepi jalan. Semua orang keluar dari kereta. Aku jadi makin musykil. Semakin aku drive mendekat, it all starts to make sense. Allahuakbar!!! It was that SUV..!! seriously aku tak percaya apa yang aku tengok. :O

          Kereta tu terbalik sisi, menampakkan bahagian bawah. Remuk habis. Manusia2 bergelimpangan. Yang paling jauh tercampak, seorang kanak2 lelaki berbaju Melayu merah memegang kakinya sambil mengerang kesakitan. Dia tak berdaya nak bangun. Alhamdulillah allah masih panjangkan umurnya. dan kemudian, si ayah lebih menyayat hati. Baju putihnya bertompok darah merah. Sekilas pandang, aku nampak dia sedang menjerit meminta tolong sambil memangku seorang anak kecil berbaju merah. Aku tak tahu anak kecil yang dipangkunya itu masih hidup atau tidak… oh. Tak jauh dari si ayah, seorang lagi kanak2 perempuan terbaring kaku di atas tanah. Langsung tak bergerak, juga berbaju merah. Si ibu yang paling aku kasihan. Dia seolah-olah terkesima dan speechless dengan apa yang berlaku. Kepalanya dan mukanya berlumuran darah. Baju merahnya terkoyak menampakkan buah dada yang tidak sengaja terdedah.

.................

          Aku mengagumi keprihatinan pengguna jalan raya yang lain. Ade la sorang mamat motor ni volunteer jaga trafik dan buat penghadang sementara. Ada yang offer kereta nak bawak mangsa ke hospital terdekat. Yang lain2 kelihatannya mententeramkan mangsa kejadian. Aku pun berniat nak stop kereta, turun dan hulurkan bantuan…tapi abah kata ‘takpo lahh insyaAllah ambulans otw maghi doh… continue lah abe.’

          Dan roughly 5 mins selepas aku continue driving, barulah kenampakan ambulans datang dengan lajunya dari arah bertentangan. 5 minit… masa yang agak lama kan…? And to be frank, untuk raya tahun ni, takde hari pon yang aku tak dengar bunyi ambulans kat atas jalan. Inilah…

Malaysia. :/