Pages

Monday, June 27, 2011

biar gambar bercereka; wajadiri 2011


klik new post, pastu klik insert image...
yg sedihnya, gambar boleh diupload, tapi keluar gambar cacat
ade yg saturated, B&W, dan uneven contrast...
seperti gambar dalam post2 yg terdahulu... haih~

hajatnya nak letak gambar banyak2... supaya biar gambar bercereka
sebab aku malas berceloteh...
tapi biarlah... tajuk tinggal tajuk je la...
still, korang boleh cek kat mukabuku gua,

apaper pon, alhamdulillah banyak ilmu dan pengalaman ditimba
sepanjang berada di UTP,..
sebelum ni tak tau pon ade kategori praktikal dan menangkis serangan tongkat,
so aku agak excited la jugak sbb aku ade blaja silat tongkat sebelum ni...
tp sbb dh lama tak prektis, aku lupe sume da...
kalau ade sesaper yg berminat, boleh usha promo


p/s; esok ke pesta buku selangor. yeay!!


Wednesday, June 22, 2011

Tautan Hati



Okay, I know that this novel was like sooooo yesterday, dan memang dasar loser lah aku ni kan sebab baru jek habis baca tautan hati. Hehs. Tak kira tak kira, aku nak kritik jugak. Nak jugak nak jugak. Blog aku kan..? :0

And ohh btw, before this ada je member2 yg rekemen buku nih utk dibaca… tapi aku buat endah tak endah jek… mungkin sebab time tu aku rasa baca kamus lagi best dan bermakna kot… err…

Pernah chaletmate aku si Zameer ckp, “ isy takdok kijo’e mung nih baco tautan hati.. jiwang karat!! Istighfar semuanya…” Dan sebab tu la aku menangguh-nangguhkan baca novel ni. Kalau terkantoi aku baca novel ni, dihamburnya fitnah aku ni mat jiwang. Walhal aku tak pon!!! (err.. ego lelaki memang tinggi kan…?) :)

Tak kurang jugak ada orang kata, “ kalau aku, aku tak baca novel2 camnih.. tengok coverpage pun mcm ntahapehapentah… ade ke patut letak gamba akhowat main senyum2 blablabla potpetpotpet ngumpatngumpat… tak thiqoh!!” pergh.. yg ni syadid habis.

Tapi Alhamdulillah aku tak termakan hasutan iblis2 yg mencegah aku daripada membaca novel nih.. suara2 sumbang tu aku persetankan. Peduli apa pendapat orang?! Lalu aku meletakkan keazaman yg tinggi utk mencedok sedikit, kalau tak banyak, khazanah2 ilmu yg ada dlm novel nih… (bayangkan mata aku ber-sinar2…shiny miny).

Secara keseluruhan aku dapat simpulkan bahawa novel ini bertemakan dakwah fardhiyyah. Atau dlm bahasa yg lebih kool, ‘melasso target’. Wahh!! Dan antara quote yg agak best drpd novel ni ialah, ‘perasaan tak mampu dan tak layak (dakwah) memang perlu ada dalam diri kita tapi apabila ia terlalu menguasai diri, itu bukan tawaduk lagi namanya sebaliknya merupakan alasan ciptaan syaitan supaya kita meninggalkan kerja mulia ni (dakwah)’.

Sebagaimana novel Syabab Musafir Kasih, masa mula2 baca novel nih, aku expect teknik penulisan Tautan Hati akan juga turut gempak. Tapi sedihnya, expectation tinggal expectation. Bagi aku, Tautan Hati terlalu naratif (dah fiksyen memang la naratif ye dak?). Plotnya banyak, tapi mesejnya sikit. Maka tidak hairanlah kalau korang sendiri baca pon dah boleh khatam in a single day, sebab ayatnya kurang mengetuk otak untuk berfikir, dan penceritaannya lebih kepada kita untuk menerima.

Oh well, sekali lagi aku tekankan, beauty lies in the eyes of the beholder. Aku selaku munsyi bahasa, memang terkesan jugak la dengan banyaknya kesalahan tatabahasa. Penggunaan ‘baharu’ dan ‘baru’ pun salah. Dan mungkin, korang selaku da’ie bertaraf super saiya hoyeahh, akan melihat banyaknya uslub dakwah yg berpotensi dicuba. Setiap individu berhak menilai sendiri.

................

“Aku rasa Tautan Hati ni terlampau perfect la… Fatimah Syarha ni tak realistic betul.”

“Kan..? kalau zaman Arqam dulu tu boleh la jugak… kat Malaysia skarang ni susah giler kot nak apply…”

Ade la jugak segelintir manusia mempersoalkan kerelevanan plot Tautan Hati kat aku. Kata mereka; tak berapa ‘kena’ dgn hakikat masyarakat kini. Well, what do you expect? This is a novel. Fiction pulak tuh… tak perlu ada obligation for relevance-ness (ade eh istilah nih?) kan…?

“Kau kene paham… biarpun tak ikut reality, at least Fatimah Syarha dah usaha meletakkan benchmark kat kite. After all, memang itu pun, kita, selaku orang Islam kene buat kan… cerita ‘perfect’ mcm ni laa yg sepatutnya society pegang…” Aku just nak ckp, well said Imran Rasid (whoa that rhymes…)


*sila google kalau nak tahu synopsis novel ini… peace.


Friday, June 17, 2011

Tribute to seniors.. ='(

“Ha nazrin, macam mana maths m1 tadi?” tanya Farid, seniorku di kolej. Kami baru usai solat maghrib berjemaah.

“M1? Okay je..  Alhamdulillah boleh jawab semua,” jawabku sambil menyalaminya.

“Okay? Itu bukan jawapan yg tepat.” Aku angkat kening sebelah, memberi maksud ‘eh bro, what else am I supposed to say?’. “Dengar khabar cerita soalan m1 susah. Kau tak rasa susah?”

“Err.. ada jugak dengar senior kata soalan tu susah, tapi aku rasa senang jek. Mungkin sebab aku minat kot…,” balasku.

“Kenapa kau rasa senang?” Farid tanya lagi. Dia memang begitu. Dahagakan hujah dan rasional. Extending thinking beyond surreal horizon and mind to drag me to further logic discussion.

“Sebab… err… mechanics principle based on physics concepts kot… and I tend to relate everyday life to physics,” jawabku ringkas.

“Boleh bagi contoh?” tanya beliau lagi.

“Astronomy la plg senang.”

Blablablabla…

……………

Dan sembang basa-basi antara aku dan Farid berlanjutan sampai kaki aku kebas sebab duduk bersila lama sangat. Dah la dining hall dah nak tutup.

Tapi bukan sekali dua cuma kami bertukar-tukar pandangan, malah banyak kali! Dan banyak kali jugak aku belajar melihat dunia dan akhirat daripada perspektif yang sama sekali berbeda. Memang tokoh pemikir tanahair budak ni. Kritis dan analitikal. Senang cerita, dalam ramai2 seniors, Farid merupakan salah seorang yg sgt aku respek.

                Same goes to CK, Addin, Hannan, Assakir, Judo, Fizi, Sheikh, Epul, Hakim, Afiq, Zamri, Sirvishahlee (aku tak mengaku senior) dan dotdotdot. Ahh, panjang pulak list nama seniors nih. Diorang la yg selalu panaskan majlis fikir lepas asar, yg mencetuskan kontroversi, yg menyuburkan budaya keilmuan, yg menggeletek hati dengan lawak lame, dan pelbagai lagi lahh. Memang sporting habisan.

                Kadang2 aku rasa aku lebih banyak meluangkan masa bersama-sama seniors daripada batch sendiri (whoa pengakuan berani mati), especially wanita (erk?). Kak Afwa concern betul masa kaki aku injured. Kak Ashee pun selalu tanya jugak. Luqman Fatah dan nenek Ena tempat aku bertanya pasal kerja (kadang2 je la… haha).

                Petfamily – (sistem keluarga yang berasaskan house yg aku rasa langsung takde signifikan) aku terdiri daripada Wei San, Nadia, Aisyah Hani dan Luqman Fatah. Jarang benar aku sembang2 dgn 3 wanita lagi tu. Eh, rasanya tak pernah pon… wahahha~. Kadang2 aku rasa aku ni antiperempuan, tapi aku rasa tak… takkanlah aku gay kot…, eh entahlah…



 Yg paling aku sayang mestilah petbro aku; Luqman. Al-hafiz tersebut banyak berkongsi cerita, terutamanya masa pillowtalk. Tak lama lagi beliau akan ke Imperial College. Semoga berjumpa di sana. Amin.

bersama akh Luqman di luar al-Haram... ya Allah, aku sangat sayang dia!!!


                ‘tak sangka, korang dah nak keluar dari kolej. Sekejap je setahun berlalu. Kitorang juniors akan rindu korang…’

                Berat mulut mengucapkan kata2 perpisahan, berat lagi berontaknya hati ini menidakkan perpisahan tersebut.

*serious gua sebak, walau luar nampak cool macho bergaya. Errghh…


Wednesday, June 8, 2011

berlalunya AS


ASSALAMUALAIKUM!!!   Kom ape.. kombat, bat ape.. batman, man ape.. mentol, tol ape… (lu pikirlah sendiri) wah!!

                Imagine of me doing steering wheel dance, moving hips left and right, while murmuring "zim zimma, who get the keys to my strimmer?". And oh it’s not over nevertheless. Beat changes to Baltimore club and I start to put my hands in the air. Head bangs.

                Oh craps, no. I’m not that into dancing. But yeah, that’s what I did lepas kunci pintu bilik dan takde orang tengok. Kalau terkantoi, jatuh harga diri aku bhai… erk. Generally speaking, I’m done with AS and hoping not to repeat ‘em again next year. So agak hyper la jugak tadi… wah!

                AS exam was an important one for me. So as PMR and SPM. But AS was a whole lot different. This time, I’m pushing my ‘independent’ level to the limits. Bayang weh, kat hostel sbpi dulu, friends, teachers and wardens were always there whenever I fell or I need help. Parents pun datang tiap2 minggu. Abah taught me Add Maths and umi taught me Bahasa Melayu. I was well-equipped for my exams then. I’m always prepared.

But here, in college, in a middle of nowhere, I think I lacked… attention? Someone that cares for my well being to be exact? Or… is it just a typical paranoid feeling that haunts late-teenagers? I bet not. Duh~ hokayh, drop the case. Enough with human psychology. Ni safuan sabri punye keje la ni…

I’m so touched with these;

“abe cool, solat hajat doa kpd Allah smoga diberi ketenangan dan kesihatan yg baik. Utk paper esok, mlm ni just a quick review overall topics how application of concepts in exam type questions which u have gone thru before. insyaAllah abe ok.” –abah

“ok. insyaAllah. Abe banyakkan zikir sambil baca buku. Make kurma dan kismis, minum air zamzam. Umi tahu abe dah doa, usaha, selebihnya kita serah kat Allah. Umi, abah solat hajat tiap male.” –umi.

“understand the theory and concept is compulsory. Knowing to tackle problems is a must. Familiar with typical questions and past years exam format is important. Regular practice, smart planning, speed n efficient problem solving- especially maths and physics is very crucial. Do it! insyaAllah abe will score excellent result in the coming test or exam.” –abah.


Umi and abah (diorang bace ke x eh belog aku nih..?), ur doa, text n moral support is more than enough. Doakan abe jadi anok soleh jah hok abe mitok… tsk tsk. *amboih, emo smacam la pulak…