Pages

Friday, May 20, 2011

langit pagi ilahi


otw pegi subuh haritu... aku terkesima
winter milkyway antara nampak tak nampak...
dan yang meluncur laju membelah angkasa itu mungkin ISS...
lalu aku berazam... inilah masanya!
tepat jam 0635, D5000 dikeluarkan...
capturing the moments God showed us His creations...
subhanallah~


yang cerah tu venus, mercury and mars i suppose...


a bit grainy/noisy sbb tetapan ISO agak tinggi... tp ok jek


langit dah makin terang...


14 jamadil akhir punya bulan... about sepurnama lagi nak habis sem kat ky...


=.= ya aku akui, vignetting di australia mungkin lebih superb...


aku pandang gambar ini dengan 2 neraca pendapat...


pertama, kehadiran bulan penuh dan spotlight depan surau dan sedikit flare ungu di sudut kanan gambar dan sedikit sparkle2 embun di atas rumput padang ==> hening dan indahnya fajar di lembah beringin.

kedua, dari kaca mata seorang ahli falak yang sangat anti cahaya.. =.=
yes, aku benci berada di Kolej Yang Ulu Entah Mane2 nih sebab light pollution teramatlah teruk sekali...
itu baru satu spotlight... belum campur spotlight di taman green thumb,
dan biasan oren di kawasan utara akibat lampu plaza tol...
oh pathetic~~

dan otw balik chalet...


UFO's disc overcasted awan sirus' view. kacau~ heh


sekian laporan dari moderately-polluted sky of lembah beringin.



Monday, May 16, 2011

MLC 2011

director MLC yg berkalibarber

Kalau aku cakap pasal anggukgeleng, beduk diketuk, fizikr atau pesan nenek, apa yang terlintas di fikiran korang?
            
            “majalah solusi!!!”,

            “stormreaders!!! (err...) addin and yorke!!!”.

Wahaha~ bergaya sungguh para pembaca blog ini, semuanya bijak dan banyak membaca. Pantas pula menjawab soalan. Orait, kalau aku cakap pasal interdependence, circle of influence, be proactive atau public victory, apa pula yang terlintas di fikiran korang?

            “ini... ini mcm motivasi pagi fadzilah come-2-me jek...”

            “hotak hang!! itu kandungan 7 habits of highly effective people by franklin covey laa!!”

pergh bhai... ni yg buat aku makin sayang kat korang ni... bijak bestari sungguh! so, kalau semua dah baca bestseller book by this covey guy, tak payah lah aku cramkan jari menerangkan review buku tersebut eh...? kang tak psl2 panjang pulak post ni jadinye...

when mr presiden take the lead...

            Buku ni taklah tebal mana... ala2 Komsas Bukit Kepong je kot... tp pengisiannya agak bermakna dan senang faham. Very easy to understand that it took me only two days to cover it thoroughly without even reading it. Hoh? Ang bia benaq njang? Tak baca pon paham? Baik xyah beli!!! wahaha~ this condition is only applicable to peserta2 MLC anjuran Muscom tempoh hari okayh...

            Nama pun Muslim Leadership Camp, jadi isu yg diketengahkan oleh para pembentang mmg ofkos la psl kepemimpinan. Antara lain, Ustaz Zamri (pengerusi persatuan ulama') menekankan kepentingan kompetensi pemimpin dlm melaksanakan tugas (qawiyyu alamin) dan nilai pemerhatian analitikal untuk mengkritis anak2 buah. Beliau juga ada memetik kata2 imam Malik; 'org yg rajin menolong masyarakat adalah lebih baik drpd ahli 'abid.'

            Other than Ustaz Zamri, I can say that MLC was err.. quite led by the nose by Akmal Amri (no offense), though ade je gak superseniors yg lain like Hazman Hadi, Dzar Abdullah, Kak Azila and Kak Mai. And  diorang sangat sporting dan banyak berkongsi idea, especeli kaedah2 tarbiah dan gerak kerja organisasi Islam di kolej. Sumpah tenks...

jhadi... ni lah die promoter2 kem nur.. wah!

            Kalau nak compare dengan housetrip ke Perhentian hari tu, aku boleh kata MLC lagi best dan kebabombastik. Oh well, neraca pendapat individu memang lain2, but as for me, yg best itu ialah the one that leaves something (be it knowledge, experience or ukhuwwah) for me to ponder and cherish. Kepada member2 yg tak tahu apa itu MLC, mungkin boleh rujuk sini k…

*exam stress is one of the key factors for this writing to be a bit boring and monotonous. Am sorry for that btw... sigh~

*mcm biasa, MLC pictures ade kat fb aku. So, pandai2la godek.. wahh!!

Tuesday, May 10, 2011

Bonne fête des mères

            “All right, if you're given only a 10-minutes life starting from now, what are things that you think are crucial and beneficial for you to do?”

            “i would've been starting to write my wills (wasiat) of course. Well, you know, court procedures  are getting really flabbergasting these days...”

            “i am not sure what I'm thinking of, but I think I would just stare at the clock, waiting for the 600 seconds to pass by, or... by chance, I would rather die while i'm sleeping.”

            “eh...? is this question included in IELTS part 3? or... is it off-record or whatt...?”

Heh. Maafkan daku atas sandiwara IELTS speaking test seperti di atas. Dahla tak bagi salam, tetibe start mukadimah cakap omputih. Orite rakan2, kali ni aku tak putus fius seperti selalunya. We're having serious talk right now. *baik, sila kerutkan muka anda dan fokus pandang ke skrin di hadapan.

            Baiklah, berapa ramai antara kalian yang terus teringatkan agama, keluarga dan tanggungjawab apabila membaca soalan yg dilontarkan oleh pegawai british council seperti di atas? If you're one of them, ucapkan alhamdulillah dan bersyukurlah kerana Allah masih memberikan hidayah dan kewarasan akal untuk berfikir.

            Dan berapa ramai antara kalian yang terus teringatkan tok imam masjid? “Hidup aku ada kurang lebih 10 minit, so aku kena nikah cepat2 untuk sempurnakan iman yang masih lompang ni, and tok imam jangan baca khutbah!!! nanti takut tak sempat kahwin aku dah mati dah...” *pergh... peluh besar.*

            ok, cukup merepek. Inilah bahananya makan banyak kerepek. Ya, aku akui jawapan full-mark kepada soalan test speaking di atas sangatlah subjektif. (after all, IELTS examiner takde punye nak nilai betul-salah sesuatu jawapan...). Tipulah kalau aku kata korang langsung tak ingat mak/umi/mama/ibu/bonda, kan...? der... insan terpenting dlm hidup kowt... uh ohh~

            Happy Mother's Day. Tu jek sebenarnya nak habaq. Sorilah naa sbb habiskan masa antum dengan drama IELTS. Haha, bear with me. Nak crite kan... hari tu ade laa aku pecah masuk chalet sorang hamba Allah ni...and rasa trharu kot bile aku tengok kat dinding budak tu ade sekeping nota yg agak menyentuh jiwa raga...tertulislah di nota tersebut; Don't forget to do these everyday- doakan ibu/abah and tatap wajah diorang. Halamak sweetnye~

            And even aku sendiri pun tak tahu kat mane aku letak harga dan nilai kasih aku kat umi. Mmg la tiap2 kali lepas solat tak lupa doakan mereka, tapi... hermm... SMS pun jarang2, calling ttelah arh... bersua muka brape kali jek sebulan. Asal jumpe je mintak duit, asal mintak duit je jumpe... Adoi~ anak jenis apa aku ni...? entah2 tak berjenis...? na'udzubillah~

            'ibrahnya di sini, hargai dan tolonglah ibu selagi mereka masih hidup. Kita sebagai anak ni...bukannya selama-lamanya hidup untuk menerima kasih sayang ibu. Bila lagi kita nak memberi? Jangan tunggu sampai diorang takde baru nak terkocoh-kocoh mendoakan kesejahteraan diorang, ye dak? And pesanan dari penaja; blog tu update jugak...tp jgn lupe wish mother's day kat mama korang... :P